Lelaki Sampah

 Assalamualikum wbt.

Hai. Harini aku nak cerita pengalaman talking stage aku starting 2021 until last week (the last guy I in talking stage). Apa yang boleh aku simpulkan adalah, talking stage is sucks! Say anything you want but I'll stick with this. Jadi harini aku nak rant pasal lelaki-lelaki yang aku kenal sepanjang dalam talking stage.

S A M P A H

Apa laki-laki baik itu masih wujud?
Apa laki-laki yang serius itu masih wujud?
Apa laki-laki yang bujang itu masih wujud?

Aku tak percaya.
Dah tak percaya yang laki-laki baik itu masih ada.
Mungkin ada.
Cuma sudah dimiliki.

Aku penat.
Sungguh penat nak kenal dengan orang baru.
Penat nak bagi tahu aku asal mana, tinggal dimana etc.

Paling penat bila nak terangkan,
Kenapa aku tidak makan pedas (?)

Terlalu penat.
Rata-rata laki-laki yang aku kenal semua macam sampah perangainya.

Dari dunia alam maya hingga ke dunia nyata.
Semua sama
Laki-laki semua sama.

Jangan buat aku kecualikan ahli keluarga aku ya.
Aku cakap mengenai laki-laki yang aku kenal.

Bingung.
Kenapa dah ada hati yang ingin dijaga,
Tapi masih test market?

Tak cukup satu kah kau?
Nak naikkan keyakinan bahawa kau masih laku di mata perempuan lain?
Itu semua sampah.
Kau tak layak untuk pasangan kau.

Kenapa hadir sekiranya ingin menyinggah?
Kenapa kena macam tu?
Kau sama saja macam laki-laki sampah diluar sana.

Silap kalau kau cakap aku memilih.
Rata-rata laki-laki yang aku kenal semua nya tak ada rupa.
Jauh sekali nak dibandingkan dengan D.O. aku.

Kenapa muka yang macam tu selalu yang paling sampah?
Kenapa muka yang macam tu selalu buat hal?
Kenapa?

Aku kira,
Jika laki-laki itu sudah meningkat usia, 
Sudah mahu fokus pada masa depan.

Ternyata tidak.
Masih main-main.
Kenapa ya?
Seronok kah kau?

Kenapa layan dengan baik jika sekadar menyinggah?
Kenapa menunjukkan usaha walhal ingin pergi akhirnya?

Sampah kau. 

Iya.
Aku marah sebab semua laki-laki yang aku kenal
Sampah.

Apa yang kau nak sebenarnya?
Laki-laki pun ada kalanya sangat rumit untuk di fahami.

Kau fikir kau ada segalanya maka kau bisa nyakiti hati wanita?
Sampah kau.

Aku doakan mana-mana yang curang/mahu pasang skandal etc,
Kau putus sama pasangan kau.
Kau tak layak untuk mereka.
Sebab kau sampah.

Kifarah Allah swt tu wujud.
Aku sendiri menyaksikannya.
Tidak kena pada diri sendiri,
Adik beradik, anak-anak kau nanti akan dapat balasannya.

Kau tunggu.

____________________________________________________________

Aku doa pada Allah swt untuk tutup hati aku sampai aku betul-betul dah sedia. Aku dah malas nak kenal dengan mana-mana lelaki. Cukuplah. Bagi aku rehat. Dan yang pasti, kalau ada lelaki yang nak kenal, aku akan pastikan muka dia handsome dulu. Kalau tak, aku taknak -hahahhahah.

Sebab lelaki yang takda rupa semua acah-acah. Padahal they got nothing to lose.

I love to be alone. But I hate being lonely.

Comments

Popular posts from this blog

Sayang Yang Menyakitkan

3 Bulan Taaruf