3 Bulan Taaruf
Assalamualaikum wbt.
Last entri aku pasal 'Lelaki Sampah' pada 19 Januari 2023. Harini aku nak cerita tentang seorang lagi lelaki yang aku kenal pada bulan Julai 2023. Lelaki yang aku decide untuk kenal secara serius mengikut panduan dalam Islam. Maksud nya kat sini apa? Iya. Aku dah ready untuk mendirikan rumah tangga. Sebab tu aku ready nak bertaaruf dengan lelaki tersebut selama 3 bulan.
Harini, genaplah tempoh taaruf kami selama 3 bulan. Kenapa aku pilih 3 bulan? Sebab aku rasa lebih yakin untuk kenal dia luar dalam. Lepas 3 bulan, baru lah kau boleh decide nak kahwin dengan dia atau pun tidak. Tapi perjalanan aku lain. Belum sampai 3 bulan lagi, aku dah setuju untuk ke langkah seterusnya dengan dia. Kenapa? Apa yang membuatkan aku boleh terima dia dengan mudah? Apa istimewanya dia? Mari aku cerita kan...
Pada 11 Julai 2023, aku tergerak hati untuk mencari jodoh di Twitter. Kalau kau tahu, ada satu akaun Twitter @TwtJodoh yang membolehkan orang mencari jodoh disitu. Ya. I did it. Secara rawak nya aku 'promote' diri sendiri. Tapi sebelum aku post, aku dah tetapkan niat aku awal-awal. Tujuan aku mencari untuk apa. Aku dah 26 tahun. Tiada lagi istilah bermain dalam hidup aku.
Terkejut. Bila posting tersebut mendapat 'sambutan'. Peti mesej aku penuh dengan lelaki. Aku ada cara tersendiri nak membalas dan pilih siapa yang aku patut balas. Jika profile dia bersih, dan menepati ciri-ciri yang aku inginkan, aku akan beri mereka peluang kenal dengan aku. Untuk makluman, aku tak akan balas mesej dari akaun yang tidak mempunyai profile picture. Tiba-tiba aku nampak satu akaun menggunakan gambar kucing sebagai profile picture. Tak tahu kenapa, aku boleh membalas mesej dia. Aku minta dia perkenalkan diri dan gambar dia.
Aku suka. Aku suka profile dia. Aku lebih tertarik pada character dari rupa. Jadi, bila aku baca profile pengenalan diri dia, aku jadi tertarik. Aku buat keputusan untuk bagi dia peluang berkenalan dengan aku. Seminggu selepas kami membalas chat, aku ajak dia jumpa.
Pada 19 Julai 2023, pertama kali kami berjumpa di sebuah kafe di Skudai. Dia bukan orang Johor Bahru. Dia orang Negeri Sembilan dan membesar/tinggal di Yong Peng. Sengaja aku ingin lihat kesungguhan dia. Jadi aku yang suruh dia datang ke JB. It went well. For the whole day. Kami sambung dinner di Sushi King, Paradigm Mall, JB. Pertama kali juga aku naik kereta dia masa tu ke sana.
"Tak takut ke naik kereta stranger?"
Tak. Sebab aku yakin Allah swt jaga aku. Cara lain juga, aku dah send sesiap live location kat adik aku. Sepanjang jalan untuk jumpa dia, aku dah berdoa bersungguh-sungguh,
"Ya Allah, jika dia yang bakal aku temui ini adalah jodoh aku yang terbaik dari-Mu, Kau permudahkan lah urusan kami pada hari ini. Jika dia bukan jodoh yang terbaik untukku, Kau jauhkan lah kami dengan cara yang baik..."
Apa aku boleh simpulkan, perjalanan pada hari itu, sangat dipermudahkan. Dari segi topik yang kami sembangkan, perjalanan di jalan raya (waktu tu jatuh cuti umum. Selalunya jalan raya di situ sesak), cari parking dan semuanya. Aku ambil kira sekecil-kecil perkara yang berlaku. Dia? hahaha... Boleh dikatakan, aku jatuh cinta pada pandangan pertama? Bukan sebab rupa dia. Sebab watak dia. Jujur, aku seorang yang tidaklah matang mana. Dipertemukan dengan dia yang sangat matang...... aku bersyukur.
Malam tu juga, aku ajak dia untuk taaruf 3 bulan dengan aku. Dan malam tu juga aku tak tidur lena sebab dia tak membalas apa-apa. Esok pagi, nampak chat dia yang mengatakan, dia setuju untuk taaruf dengan aku. Gembira?? Alhamdulillah..... Sebab aku dah menjangkakan yang dia akan tolak aku. Sebab aku tidaklah cantik mana. Biasa ja. Tapi Allah kata sebaliknya.
Maka bermulalah sesi taaruf kami selama 3 bulan. Aku ambil 100 Soalan Taaruf by Aiman Azlan di web beliau. Belum habis 3 bulan, 100 soalan taaruf tersebut telah habis aku tanyakan. Tapi ada ja soalan yang bukan dari dalam tu aku tanya. Seremeh-remeh soalan, aku akan tanya. Beberapa jenis ujian aku cuba bagi dia, semuanya dia lulus setakat ini.
-Long story short-
Sekarang, kami sedang menuju ke langkah yang seterusnya. Tak percaya kan? Aku sendiri masih tak percaya. Siapa sangka, apa yang aku azamkan tahun 2023 ini, pengakhiran dia lebih indah dari apa yang aku bayangkan. Sepatutnya tahun 2023, adalah tahun aku berhibur dengan konsert kpop, bercuti dan habiskan simpanan aku untuk berhibur. Aku buat kerja sambilan pun disebabkan untuk cari duit berhibur. Tak pernah terfikir untuk simpan duit kahwin. Nampaknya, niat aku sekarang dah berubah. Dan aku kena kerja lebih kuat sikit untuk cari banyak duit.
Doakan urusan kami dipermudahkan? Izinkan untuk aku rasa bahagia. Izinkan untuk aku rasa dicintai dan disayangi oleh lelaki yang tepat. Aku percaya dia lah jodoh yang terbaik sebab setakat ni semua urusan kami sangat sangat dipermudahkan. Dan semoga dia terus jadi yang terbaik untuk aku. In shaa Allah......
Sekian.
Comments
Post a Comment