Sayang Yang Menyakitkan

 Assalamualaikum wbt.

Tahu tak perkataan 'Sayang' tu sangat mahal dan sangat bernilai bagi sesetengah orang? Tak semua orang mampu mengucapkannya dengan ikhlas dan penuh rasa hormat/sayang. Ada juga sesetengah orang menganggapnya satu perkataan yang murah dan senang diucapkan pada sesiapa sahaja. 

S A Y A N G ?

Seikhlas mana kau menyayangi aku?
Sejauh mana kau menyayangi aku?
Sedalam mana kasih sayang kau pada aku?

Kalau sayang,
Kenapa perlu sakitkan?
Kenapa perlu kecewakan?
Kenapa perlu musnahkan kepercayaan yang diberi?

Kata sayang.
Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Dimana silapnya?
Apa salah aku?

Kecewa.
Susah untuk aku terima semua ni.
Susah untuk aku menerima takdir ini.
Susah untuk aku percaya bahawa benda ni berlaku.

Sakit.
Hati ini sangat sakit.
Pertama kali aku rasa sakit macam ni.

Kenapa?
Katanya sayang?
Katanya cinta?

Adakah semua itu hanya rekaan?
Adakah kau menganggap aku sebagai patung?
Yang tidak punya hati dan perasaan?

Patung yang boleh buat kau hilang bosan?
Yang boleh menemani kau ketika sunyi?
Yang boleh melayani kau?

Aku bukan patung!
Aku punya hati dan perasaan.
Aku bernyawa.

Kenapa?
Soalan yang hingga hari ini masih berada dalam kepala aku.
Kenapa?
Kenapa aku diperlakukan begini?

Kau tahu aku susah nak percaya lelaki.
Kau tahu aku ada overthink.
Kau tahu aku selalu dikecewakan.
Kau tahu semuanya!

Kenapa kau buat?
Kenapa kau hancurkan hati yang aku telah bina untuk kau?
Kenapa kau musnahkan kepercayaan aku pada kau?
Kenapa harus kau begini?

Kenapa tidak dari awal kau jujur?
Kenapa tidak dari awal kau explain semuanya?
Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Air mata sudah kering untuk aku meratapi dengan apa yang berlaku.
Air mata aku sudah tiada lagi untuk kisah ini.
Kering sekeringnya.

Jika aku perlu lalui perkara ini sekali lagi,
Percayalah,
Aku sudah mati rasa.

Tiada apa lagi untuk aku pertahankan.
Tiada apa lagi untuk aku meratapi.

Aku redha.
Dengan semua yang berlaku.

Terima kasih.
Sebab buat hati ini kembali terluka.
Kembali benci sama manusia berjantina, 
Lelaki.

Semoga hal ini kau tak lakukan pada perempuan lain.
Semoga kau sedar apa yang kau buat ni salah.
Semoga kau sedar,
Ada insan yang menyayangi kau dengan penuh ikhlas.

Dan kau tak akan pernah jumpa perempuan seperti aku lagi.
Ingat.

______________________________________________________________

Move on? Yes. Memaafkan? Yes. Melupakan? Tidak. Ia bertukar jadi trauma. Trauma baru yang aku perlu jaga. Trauma yang boleh mengingatkan aku sampai bila-bila meski pun aku pada akhirnya bersama dengan orang itu. 

Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan. Semoga kita semua sedar, kasih dan sayang itu tidak akan sama sekiranya pernah dikecewakan. Untuk kembalikan ia semula, perlu usaha yang maksima. 

Sekian coretan seorang gadis yang disakiti untuk.... entah keberapa kalinya.

Comments

Popular posts from this blog

3 Bulan Taaruf

Lelaki Sampah