Surat Untuk Suami

Assalamualaikum wbt.

Disaat kau baca posting aku yang ini, aku cuma nak bagitahu yang, Alhamdulillah... aku sudah bernikah dengan seorang lelaki yang aku kenal di TwtJodoh pada tahun 2023. Ingat tak monolog aku bertajuk, "3 Bulan Taaruf" ? Iya. Lelaki itulah. Lelaki itu juga aku maksud di posting terakhir aku sebelum yang ini. Siapa sangka, pengakhiran kami hingga ke jinjang pelamin.. 

Mungkin apa yang berlaku sebelum ini, Allah nak uji kami. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana kami boleh bertahan. Walaupun susah untuk aku yakin kembali, tapi Allah tetapkan hati kami hingga kini. 

"Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.."

Untuk pengetahuan kau, kami bertunang pada Disember 2024. Dan nikah pada Jun 2025. Terima kasih pada yang doa supaya urusan kami dipermudahkan. Tak ada kata yang boleh aku gambarkan.. Doakan hubungan kami hingga ke syurga pula ya? Dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah. Juga dilimpahkan dengan rezeki yang takkan pernah putus. 

Memandangkan aku dah kahwin, izinkan aku untuk berkongsi sedikit luahan hati untuk suami aku, N. Hadiah sempena hari ulang tahunnya pada bulan kami nikah dan juga sebagai tanda penghargaan kerana sudi menerima diri aku yang serba serbi banyak kekurangan ini.


SURAT UNTUK SUAMI

Bismillah, dengan hati yang penuh rasa…

Sayangku,
Kini, hidup kita sudah berubah. Kita sudah masuk ke alam seterusnya bersama-sama. Tiada lagi hanya diri I dan diri you saja. Ianya tentang KITA. I akan jadi isteri yang you pimpin, yang you jaga, dan yang you akan bawa bersama dalam setiap langkah hidup you.
 
I tak pernah tahu cinta boleh setenang ni.
Tak pernah tahu kasih boleh hadir tanpa bising, tapi tetap dalam.
You buat I rasa dilihat, dihargai... dan paling penting, diterima.
Dengan segala lebih dan kurang I.
 
Terima kasih sebab banyak sabar dengan I.
Terima kasih sebab selalu tahu bila nak pujuk, bila nak tegur dengan lembut.
Terima kasih sebab sekalipun tak pernah marah, tinggi suara dengan I.
I belajar banyak benda dari you.
 
I tahu hidup kita nanti takkan sentiasa mudah.
Tapi I percaya, dengan you, kita boleh tempuh semuanya.
Sebab I tahu, cinta kita bukan cuma tentang rasa, tapi juga tentang redha, doa, dan usaha.
 
I janji, bila you penat, I akan jadi tempat yang menyamankan.
Bila you rasa hilang, I nak jadi arah.
Bila you rasa cukup, I tetap nak jadi ruang untuk you sandar dan rehat.
 
Doa I, semoga Allah pelihara cinta kita dalam takdir yang baik.
Dan semoga hati you sentiasa ada ruang untuk I, walau nanti dunia makin sibuk, usia makin meningkat dan rupa makin berubah.
Semoga juga kehidupan kita selepas ini dipermudahkan oleh Allah swt.
Diberi rezeki yang tidak putus-putus mengalir seperti air.
 
Sayangku, I tak sempurna.
Tapi untuk you, I nak cuba jadi yang terbaik.
InsyaAllah.
 
I doakan semoga urusan kita selepas ini dipermudahkan.
I love you <3
 
– Dengan penuh kasih,

Sayang


___________________________________________________________

Sebenarnya, surat ini dia dah baca dulu sehari sebelum kami dinikahkan. Saja aku simpan disini ingin buat kenangan. Aku masih tak percaya. Lepas apa yang aku lalui sebelum ini, Allah tetap bagi aku rasa kebahagiaan itu. Terima kasih, Ya Allah... 

Akhir kata aku, aku doakan semoga sesiapa yang baca posting ini, dipermudahkan urusan. Yang belum berkahwin, semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik. Fasa kekecewaan itu seronok dijadikan pengajaran. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Jangan terlalu overthink dan bersangka buruk dengan Allah swt. Pasti akan ada pelangi suatu hari nanti. 

Terima kasih sudi baca. Aku harap segala cerita yang aku share dalam blog monolog aku ni, serba sikit dapat bagi pengajaran atau panduan (?) untuk kau. 

Sekali lagi, 
Terima kasih.. 

Comments

Popular posts from this blog

Sayang Yang Menyakitkan

3 Bulan Taaruf

Perasaan apakah ini?