My Dream Come True! SS9inKL

 Assalamualaikum wbt.

Hai! Excited lah taip tajuk-hahaha. Harini aku nak kongsikan pengalaman aku being part of the blue ocean with other Malaysian ELF 💙 Pengalaman dari sebelum pergi konsert, sampailah habis konsert. Memandangkan ini adalah konsert pertama aku sepanjang aku hidup, jadi kau layankan jelah monolog aku ni-hahaha.

Finally, after 15 years being a kpop fans I managed to attend the Super Junior Concert on 10th October 2022! I just can't believe it until now. Super Junior is my second boy kpop group selepas Beast. Dulu masa kecik-kecik takda duit. Plus masih kecik lagi kan? Bila dah besar ni, alhamdulillah dah ada saving, enjoy jelah. Betul tak? Lagipun masa awal-awal aku start kerja, aku ada simpan niat untuk pergi konsert SJ & EXO with full members for at least once in my life😀 (read: sebelum aku resign jadi kpopers)

Actually, aku beli tiket ni sebagai hadiah hari jadi diri sendiri yang ke 25💓. Thank you dear self for the best gift ever! Sebelum beli tiket, aku ada bagi tahu ibu yang walau apa pun, aku tetap nak pergi konsert tu. Mula-mula ibu tak bagi tau :) Lepas aku slow talk dengan ibu, alhamdulillah ibu bagi juga akhirnya. Redha ibu tu penting kalau nak kemana-mana. Then I start planning my trip to KL

Fast forward, tiba hari yang dinanti-nanti. Aku gerak pukul 4 pagi. Sebab aku menjangkakan jalan akan sesak memandangkan haritu Public Holiday Maulidur Rasul. Tapi... jalan lengang sampai KL. Even dalam KL pun, jalan lengang nak ke rumah akak aku (read: Setapak). Aku sampai Setapak untuk tukar baju dan bersiap pada 8.45 pagi. Gerak ke Axiata Arena jam 9.30 pagi. Seperti yang aku jangkakan jalan akan sesak. Turns out, jalan tak sesak langsung. Tepat jam 10 pagi aku sampai di Axiata Arena seperti yang aku inginkan. 

Mula lah aktiviti mencari freebies yang peminat sediakan. Oh ya... semalamnya ramalan cuaca memberitahu cuaca pada 10/10 tu akan hujan pada tengahari. Kesemua peminat di minta untuk bawa payung. Tapi, cuaca panas terik dari pagi sampai petang. Boleh dikatakan cuaca sangat sangat baik. Alhamdulillah. Lepas dah penat cari freebies, aku dengan kawan aku lapar dan panas. Kitaorang decide nak pergi Pavilion area situ untuk makan dan sejukkan badan.

Selesai makan, kitaorang balik Axiata semula. Tunggu dalam 30min macam tu, barulah kitaorang beratur. Tak dan nak beratur awal sebab panas terik. Dah start masuk, baru kitaorang beratur. Alhamdulillah, smooth gila perjalanan dari sebelum masuk sampailah dah masuk. Seat aku dengan kawan aku jauh. Lepastu aku tanya orang sebelah aku untuk tukar seat. Nasib baik dia nak! Rezeki lagi. Dapat hype sesama dengan kawan aku-hahhahaha. 

After 1 hour 30 min tunggu Super Junior keluar.... buff! SJ perform lagu Burning Floor sebagai opening song untuk petang tu. All out habis suara peminat semua. Macam tak percaya I'm watching Super Junior concert performance!😭Lupa nak bagi tahu bias aku kat SJ, DongHae. Aku duduk seat 403 (bahagian atas). Jap aku share a few photo masa kat konsert tu.

                    

Takda solo performance. Semua grouping dan sub-unit. Lagu-lagu dia mix yang lama dan baru. Aku terhibur dengan gelagat dorang atas stage tu. Kelakar ya! They don't look like ahjussi at all! (as u know their age over 30 and almost 40). They look YOUNG! Terutama my bb DongHae. Now I know why ELF call him as 'Baby Hae'. Cause HE LOOKS LIKE A BABY!!😭 ommoooo!! Waitttt!!

         

Look at him! Macam tu ke umur 35??-hahhahahah. Don't asked him, "Why you look so handsome?". Cause he already know that HE IS HANDSOME!!-hahahhahaha. I can't stop being gediks when the screen focus on DongHae. I have a lots of his picture and fancam-lols. Aku ada je amik video member lain. Cuma aku tak post sini lah. Aku dah simpan kat highlight instagram story. 

Aku suka semua lagu yang dorang perform! Dari awal sampai habis. I would say, worth your money! Sound best, stage lawa, fanchant padu, everything was good and smooth! Ada non ELF datang and he said, memang best! I don't know how to describe my feelings after the concert. Macam tak percaya pun ada. 


Apa yang aku paling respect kat idol SM, they always did the 90C bow💙 Thank you for the tour, Super Junior💙 I'm glad that my first kpop concert was them💙 My dream come true :') Still tak boleh move on with this concert. My igs will full with this concert content maybe for a month! (Hopefully my followers not getting annoyed-hahaha)

       

Done for SS9inKL!💙 Next? I'm aiming EXO concert world tour (with full members). Expecting year for their tour is on 2025 (since everyone already finish their enlistment). Kalau ada solo yang datang, I'm might not going. Need to save my money for their tour!-hehe. 

Anywayyyyy, thank you Star Planet for handling this Super Show 9 in Malaysia! Everything was tiptop! Except for ticketing (need to improve please hmm). Please bring EXO for their tour! SM Town concert pun boleh-heheh.


(Thank you Stadium Malaysia for this beautiful view! Let people around Malaysia know that Super Junior concert on held inside!)

Oh yaaa.. aku balik JB malam tu juga. Lepas habis lambai SJ balik (dorang punya kereta), adik aku sampai. And guess what, masa otw nak keluar KL, jalan tak sesak. Tapi, laluan nak masuk KL sesak sangat sangat. Kau bayangkan, urusan aku dari pagi sampai malam tu sangat sangat smooth. Tak hujan. Beratur pun kejap je (know know dah boleh masuk hall). Everything so smooth. Nak tahu sebab apa? Sebab dapat redha ibu :) Terima kasih ibu💓

Nak pergi lagi tak kalau ada SS10? I would sayyyy.... NAK! Aku nak pergi lagi! Kalau masa tu aku dah kahwin, aku harap sangat pasangan aku dapat join sekali ataupun dia bagi keizinan untuk aku pergi🙊 Doakan aku dapat pasangan yang supportive! (aamiin). 

Okay tu je nak kongsi. Simpan kenangan kat sini. Nanti kalau rindu, boleh baca balik🙈 Aku dah start rindu SJ. Maybe sebab tengok gelagat dorang kan. Jadi aku rasa rindu💙 Slow slow okie, nurain! 

Thanks for your time baca kisah aku yang tak berapa nak menarik sangat ni-hehe. Bye!

Comments

Popular posts from this blog

Sayang Yang Menyakitkan

3 Bulan Taaruf

Lelaki Sampah