Me as EXO-L
Assalamualaikum wbt.
Hai! Rindu aku ke tuu >..< Okay serius. Posting kalini lain sikit. Sebab pasal KPOP Idol yang aku minat. Rasanya aku pernah kongsi yang aku salah seorang peminat EXO (korean boy group). If you are one of EXOL, hiiii!! (wave hand). Kalini aku nak share pengalaman aku sepanjang jadi EXO-L. Macam mana boleh jadi, siapa ahli pertama buat aku stan EXO, dan sebagainya (aku nak simpan sini supaya nanti bila dah resign jadi EXO-L, aku boleh rindu <3)
Sebelum tu aku nak share lah siapa EXO ni.
(I took 20min untuk cari gambar yang sesuai sebab semuanya hesmes :') )
Lead by JunMyeon (Suho), our cotton leader. There's other members MinSeok (Xiumin), Yixing (Lay), BaekHyun, ChanYeol, JongDae (Chen), KyungSoo (D.O.), JongIn (Kai) and Sehun. Sejarah dorang actually ada 12 in total. But now tinggal 9 (lain-lain pasal EXO boleh google sendiri k - hahahha)
Aku start stan EXO tahun 2018. Sebelum tu, aku stan BEAST (now Highlight). Masa EXO debut, lagu famous dia GROWL kan? Haaa masa tu aku anti betul dengan EXO. Sebab entah apa-apa je ada member dari China semua (don't judge me. Masa tu umur aku around 15-16 tahun). But now look who's stan EXO???! Yeah this gurl-hahahah.
I'm not OT12 stan. I'm OT9 stan. Tapi aku tahu je apa yang jadi sampai tinggal 9 sekarang (sila google sendiri) and aku kenal je dorang. Cuma tak mendalam lah macam OT9. So boleh aku start cerita aku?
Back on 2018, aku start tengok satu kdrama lakonan HyunBin dan Park ShinHye sebagai watak utama dalam Memories of Alhambra. Masa tu aku tertarik tengok watak Chanyeol. Watak dia tak banyak skrip dan keluar sekejap-sekejap je :') episode last baru dia keluar betul-betul. Tapi aura dia bawa tu, buat aku rasa nak tahu siapa dia (Dia sangat cute dalam drama tu. Dengan spect bulat, rambut mushroom-hahhahahaha)
Aku pun google lah. Cari tahu pasal dia. Siapa mamat cute tu? Lahh... ChanYeol EXO rupanya. Lagu pertama EXO yang aku dengar, LOVE SHOT. Masa tu aku suka ChanYeol je. Ahli lain tak. Jadi aku banyak tengok klip video dia yang peminat buat kat YouTube. Then masa tengah tengok-tengok, ternampak satu fanvideo title, 'ChanSoo'. Aku dah pelik. Siapa ChanSoo? Rupanya gabungan nama ChanYeol dengan KyungSoo. Lahaii - hahahahhahaha.
Aku berdekak tengok Yeol kacau Dyo. Dyo pulak... haaaa... D.O. Aku start suka dia pulak lepas tengok banyak fanvideo ChanSoo. Dyo tu dia pelik memula aku nak kenal dia. Susah nak tengok dia aktif macam ahli lain. So aku pun cari tahu punca dia macam tu (If you know, u know lah). Then slow slow aku kenal ahli lain. Maka terjatuh laa hati ni kat kumbang-kumbang EXO (awwhhhh). Setiap orang tu ada cerita dia (Google sendiri).
ChanYeol boleh dikatakan my first bias/bias wrecker. But Dyo, is my one and only ultimate bias sampai bebila-hahahahhaha. I really adore him so much. Aku suka karakter dia. Natural. Dia tak buat apa-apa pun orang akan cakap dia comel/kelakar. Serius. Nak tengok dia yang mana?
(Muka dia sangat innocent >..<)
Aku suka sikap dan cara dia. Sopan. Pandai berlakon. Pandai masak. Entah laa. I like everything about this guy. Until now. Tak pernah bosan tengok muka dia. Lagi lah masa tu kebetulan dia masuk military. Perghhh stress juga la sekejap. Dengan dia tinggal kan lagu (That's Okay). Lahaiii.. For the 2 first week, aku sedih sebab dia pergi enlist. Dan waktu ketiadaan dia juga laa, aku start kenal dengan ahli lain. It take some time nak kenal and minat yang lain. It's really worth it lepas dah kenal sorang-sorang <3
I start listening to EXO songs. Paling favourite, Promise & Don't Go. I can cry whenever I listened to it :') Rasa dihargai sebagai peminat. Lagipun lagu tu memang untuk EXOL. Maksud lagu tu pun deep betul. Everything about EXO is really means for me.
Walaupun aku banyak cerita pasal Dyo, tak bermakna aku tak suka member lain tau. I do like them a lots. Lagi-lagi our cotton leader. Tak pernah tak sweet. Lay pun sama. Still ingat EXOL. Xiumin, walaupun dia jarang aktif, tapi selalu update bubble macam boyfriend. Dah la cute. Baek, alahaii yang tu. Happy pills aku tu-hahahhahahaha. Chen, si bapa anak dua. Dalam diam ubi berisi-EXOL dah jadi makcik pakcik. Kau ada? >..< Nak beza kan Kai dengan JongIn senang je. Kai bila dia nampak sexy. JongIn/Nini bila dia cute. Sehun? -aaahhhh the best maknae ever XD
Ada satu benda aku nak flex sebagai EXOL. Aku takda EriBong-hahahahhaha. Bukan tak mampu tau. It just aku fikir takda keperluan sangat beli. Konsert? Aku tunggu full member punya konsert (2025-in shaa allah). Masa tu baru aku beli. Setakat ni just beli album je lah yang mampu (Hopefully dapat hadiah birthday lah EriBong tu-hahahhaha).
Panjang juga aku cerita eh-hahahahhaha. Oh.. pernah ada orang tanya aku, "Bila kau nak stop minat kpop?". Soalan ni selalu bermain diminda aku. Tapi aku dah ada jawapan. Aku akan stop bila aku rasa nak stop. Lepas kahwin? Tak tahu. Aku sangat berharap suami aku nanti boleh terima minat aku. Aku pun bukan taksub sangat pun. Aku masih waras dan masih boleh kawal minat aku (Doakan aku yaa dapat pasangan yang sama minat-ehekk)
Sekian sahaja kisah aku sebagai fangirl EXO (EXOL). Kalau satu hari nanti aku dah stop minat EXO, aku harap posting ni boleh buat aku hilang rindu kat EXO :') Yang pasti aku nak pergi konsert dorang dulu sebelum resign-HAHAHHAHAHAHA XD.
We are one. EXO saranghanja! <3
Comments
Post a Comment