Assalamualaikum w.b.t
Hai. Harini aku nak bercerita. Nak baca? Aku ambil masa dan kekuatan juga untuk bercerita hal ini. Ianya hanya perkongsian saja. Macam biasa, kisah tentang aku. Tapi... kalini lain sikit. Atau mungkin sama? Atau lebih kurang? Entah lah.
Kau percaya pada takdir? Aku percaya. Dan aku yakin. Ada sebab untuk tak percaya ke? Mungkin bagi orang lain, iya. Tidak bagi aku. Kenapa tiba-tiba aku bercakap soal takdir? Mungkin kisah aku ada kaitannya? Atau mungkin tidak? Aahh~ pening lah (hahah)
P E N A M A T 2 0 2 0
Aku kira penamat 2020 aku indah.
Penamat yang aku inginkan.
Sebuah cerita yang indah.
Sebuah memori yang aku impikan.
Bukan hak aku untuk mengubah takdir.
Mungkin ini lah takdir aku.
Aku terima.
Untuk si dia,
Yang membuat penghujung tahun 2020 ku indah,
Terima kasih.
Walaupun ianya sekejap,
Terima kasih.
Sekurang-kurangnya aku merasai kebahagiaan itu walaupun sekejap.
Terima kasih untuk segala perbualan kita sepanjang perkenalan.
Terima kasih untuk masa bermain game bersama.
Terima kasih atas perjumpaan yang singkat.
Terima kasih atas hadiah pertama dan yang terakhir.
Terima kasih untuk segalanya.
Aku belajar sesuatu.
Iya.
Setiap perkenalan,
Membuat aku belajar sesuatu.
Setiap perkenalan,
Ada sesuatu yang aku dapat.
Maaf. Tak boleh kongsi semua.
Percayalah,
Jangan pernah kau TERLALU berkongsi.
Jangan pernah kau TERLALU percaya.
Jangan pernah kau TERLALU sayang.
Jangan pernah kau TERLALU suka.
Dan...
Jangan pernah kau MELETAKKAN harapan pada seseorang.
Walaupun kau dah bersama bertahun lamanya.
Manusia berubah.
Aku pun berubah.
Satu aku pinta.
Sekiranya kau tak boleh terima kekurangan diri seseorang,
Jangan pernah mimpi orang lain akan terima kekurangan diri kau.
Sayang diri sendiri supaya orang yang betul akan datang tepat pada masanya lalu memutuskan untuk menyayangi diri kau sepenuh hati. Tanpa memaksa kau untuk berubah menjadi orang lain.
Hidup kau bukan untuk memuaskan orang lain.
Puas kan hidup kau sendiri.
Kau berhak memilih.
Kau berhak tentukan hala hidup kau.
Jangan pernah berfikir yang dunia tak adil bagi kau.
Kau kena kuat.
Hanya diri kau sahaja yang boleh buat kau bahagia.
Percaya pada diri kau.
Secara jujur,
Penamat 2020 aku sama seperti penamat 2019.
Malah sampai ke permulaan 2020.
Terima kasih untuk semuanya.
Aku dah letak jawatan untuk mencari pasangan.
Aku hanya berdoa.
Diperluas rezeki yang halal, sihat tubuh badan.
Datangkan lah dia bila tiba waktunya.
Bukan pada waktu aku tidak bersedia.
Sekian.
________________________________________________
Aku tak pasti si dia akan baca atau tidak. Tapi ini yang aku ingin katakan pada dia. Semoga kau jumpa seseorang yang boleh memenuhi citarasa yang kau ingin kan. Maaf sebab diri ini tidak sama seperti yang kau lihat di dalam gambar. Biasalah, lumrah wanita ingin kan kecantikkan. Apatah lagi bila bab bergambar. Maaf sebab tak boleh jadi diri sendiri di dalam gambar. Maaf sebab tak boleh jadi seperti orang lain dalam kehidupan sebenar.
Last but not least, aku takkan berkenalan lagi dengan orang melalui social media. Jika ada yang berhajat untuk buat sedemikian, lupakan. Aku tidak mahu. Biarlah ia datang sendiri depan mata. Tanpa mengetahui apa itu social media.
Sekian kisah penutup 2020 aku.
Comments
Post a Comment