Perasaan apakah ini?
Assalamualaikum w.b.t
Hai. Korang sihat? Ada apa-apa yang mengganggu fikiran korang tak sejak akhir-akhir ni? Walau apa jua ia, aku harap korang dapat hadapi nya dengan baik. Aku? Aku........ hmm....
Korang pernah tak, tiba-tiba teringat kat seseorang lalu perasaan rindu itu muncul. Bukan rindu yang biasa-biasa. Rindu yang tak terkata. Sebab apa?
S U A R A H A T I
Setahun sudah berlalu.
Kenapa masih?
Kenapa harus rindu?
Apakah aku sendiri yang belum move on?
Takkan lah...
Suara hati ;
"Kalau belum move on, kenapa masih simpan voice memo dia main gitar untuk kau?"
"Kenapa kau masih baca diari kau tentang dia?"
"Kenapa kau masih bercakap pasal dia?"
"Takkanlah..."
"Kau masih berharap?"
"Kau biar betul???!"
TAK!
Tu semua apa yang kau rasa je.
Cuma....
Cuma kadang tu....
Aku......
Aku......
Suara hati ;
"Kau apa? Rindu? Rindu kan dia?"
...aku rindu....
Aku bukan rindukan dia.
Aku rindukan masa aku dan dia.
Waktu kami mula-mula kenal.
Suara hati ;
"Bukan lama pun korang kenal. Kenapa perlu rindu?"
Apa rindu itu perlu kan sebab?
Perlukan sebab macam mana untuk rindukan seseorang??
Salahkah untuk rindu?
Rindu, tak berarti aku masih suka sama dia!
Tak berarti aku cinta sama dia!
Emang aku tidak punya hak untuk rindu?!
Kamu kira aku ni tungkul kah??!
Suara hati ;
"Maaf.. kau berhak rindukan seseorang. Tak perlukan sebab pun. Rindulah dia.."
"Tapi..... kau perlu ingat. Dia takkan kembali. Sebab kau yang buang dia..."
Diam!
Aku tahu.
Aku yang bodoh.
Aku yang silap abaikan kebaikkan dia.
Aku yang jahat tinggalkan dia.
Aku tahu.
Tak perlu kau ingatkan!
Salah kau juga (si hati)!
Kenapa kau mudah sayang orang?!
Kalau kau tak mulakan,
Semua ni takkan berlaku.
Suara hati ;
"Maaf..... Aku cuma.... Aku...."
Kau apa?!
Kenapa semua benda nak salahkan aku?
Sedangkan kau punca!
Aku tak pernah rasa macam ni.
Aku tak pernah suka seseorang sebegini bodoh.
Aku tak pernah....
Suara hati ;
"...aku cuma nak kau rasa bahagia...."
"...walaupun sesaat.."
"...maafkan aku...."
*menangis sendiri*
Suara hati ;
"Sebab kau dah lama tak rasa bahagia..."
"Aku cuma jalankan tugas aku saja...."
"...apa yang aku boleh buat untuk kau maafkan aku?"
Sila tutup pintu!
Jangan pernah kau bukak!
Duduk diam-diam.
Jangan pernah kau sengaja buka pintu tu tanpa diminta!
Matikan diri kau disitu.
Tunggu saja arahan dari aku.
Aku penat.
Bagilah aku berehat.
Bagilah aku masa dengan diri aku.
Selama ini aku bahagia dengan dunia aku sebelum jumpa mereka.
Aku bahagia dengan cara lain.
Aku harap kau faham.
Yang aku belum bersedia.
Biarlah lambat mana pun untuk kau buka.
Janji dengan orang yang tepat dan masa yang tepat.
Suara hati ;
"....baik...."
"..aku sentiasa ada disini jika kau perlu..."
"...kejutlah aku bila tiba waktu nya..."
Tidak perlu dikejut kalau sudah tiba masanya.
Kau akan bangun sendiri,
Buka pintu kau sendiri...
Suara hati ;
"...berehatlah..."
Comments
Post a Comment