Berhenti Jadi 'Fangirl'

 Assalamualaikum w.b.t

I'm back! haha.. Lama tunggu? Maaf lah. Aku sendiri tengah tunggu otak aku berfungsi untuk beri idea kepada aku. Ingat senang ke nak tunggu otak ni bagi idea? Ketawa lah sikit. Muka masam-masam nak pergi mana? Hahaha...

Aku ada satu rahsia nak bagi tahu. Mungkin bagi orang yang dah kenal aku, korang tahu lah aku ni macam mana orang nya. Kan? Yeah.. Aku peminat KPOP. They called it as a fangirl (?) Sejenis hobi yang kurang disukai kebanyakkan orang. Tapi mostly lelaki lah. Dude... Siapa je yang suka partner dia minat kpop? Mesti lah rasa tercabar kan? Come on! Kpop semua lawa dan handsome kot..? haha okay serius.


AKU NAK BERUBAH

Setiap peminat kpop,
Tipulah kalau tak pernah rasa untuk berubah.
Tipulah kalau tak pernah rasa untuk berhenti.
Tipulah kalau kami tak pernah terfikir tentang nya.

Mungkin bukan dari mulut.
Tapi di dasar hati ini, ia berkata sendiri.

Bukan senang seperti yang kalian bayangkan.
Bukan mudah untuk berhenti.
Ia makan masa.

Bukan seperti esoknya terus benci.
Bukan seperti esoknya terus lupa.
Bukan seperti esoknya terus hilang dari pandangan.
Bukan....

Bayangkan,
Kalau aku minta kau untuk lupakan orang yang kau sayang (?)
Apa kau bisa lakukan hal itu?
MANA MUNGKIN! 

Maka begitu lah kami.

Pernah hati meronta-ronta untuk berhenti.
Tapi, susah. 
Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang menjadi punca kau bahagia 
hingga sekarang.

Kelakar?
Itu lah faktanya.
Aku bahagia dengan hobi aku.
Tapi sampai bila?
Sampai bila aku ingin berada dalam hobi ini?

Bagi aku masa.
Bagi aku peluang.

Jangan marah andai terlihat aku masih dalam dunia hobi aku lagi.
Diamkan diri.
Biarkan aku.
Biarkan aku uruskan nya sendiri.

Bagi aku masa.
Bagi aku peluang.

________________________________________________

Aku dalam fasa untuk mengurangkan masa aku dengan hobi aku yang agak tidak disukai orang ini. Aku tak berapa kisah sangat apa yang orang nak kata. Tapi hormat. I do respect others hobbies. Jadi kau pun kena lah buat benda yang sama. Aku harap kau faham. 

Sekian dari aku.

p/s: ohya.. aku EXO-L. Hanya kumpulan (EXO) ini sahaja yang aku gila kan setakat ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Sayang Yang Menyakitkan

3 Bulan Taaruf

Lelaki Sampah