Kisah Antara Kita.
Assalamualaikum wbt.
Hai. Jumpa lagi. Memandangkan sudah setahun berlalu, izinkan aku melepaskan semuanya disini. Apa yang berlaku pada aku di tahun 2019. Saja aku ingin berkongsi. Tiada niat lain pun.
Jarang aku ingin bercakap soal ini. Satu-satu nya topik aku jarang nak cerita dengan orang atau aku alami sendiri. Tapi, inilah yang paling sakit. Paling aku susah untuk terima. Tapi bukan dalam monolog. Ianya sebuah cerita. Mungkin kau boleh amik iktibar. Tapi rasanya takda benda yang boleh diambil dari kisah aku ini. Hanya sebuah cerita cinta yang tak direstui.
Tajuk drama melayu yang tengah hangat di televisyen sangat. Tapi inilah yang aku rasai. Di awal tahun 2020. Sebelum kau mula membaca cerita aku, bukak lagu Peterpan-Semua Tentang Kita. Jadikan ia background sound sewaktu kau membaca.
K E K A S I H 2019
Aku nama kan dia Zaid (bukan nama sebenar). Untuk pertama kalinya aku ditemukan oleh seorang lelaki yang berperwatakkan memenuhi ciri-ciri yang aku inginkan. Bahkan setiap wanita diluar sana. Perkenalan kami tidak begitu singkat atau lama. Yang pastinya, aku mula jatuh cinta dengan nya di akhir tahun 2019. Secara jujur, rupa, harta, bukanlah yang aku lihat untuk pertama kalinya. Aku mula jatuh cinta dengan nya sebelum kami jumpa untuk buat pertama kalinya.
Aku jatuh cinta dengan perwatakkan nya. Ya! Zaid seorang lelaki yang sangat baik. Lembut. Penyabar. Matang. Seorang yang tinggi lampai, berkulit cerah, percakapan yang sangat lembut bila denganku. Dia tahu untuk meredakan kemarahan aku (walhal, jarang kami bergaduh). Zaid tahu nak cipta satu situasi antara kami yang tidak membosankan. Aku suka dengar 'night thoughts' dia setiap malam. Sanggup aku tidur lambat untuk dengar dan berkongsi dengan nya. Walhal esoknya aku kerja pagi. Setiap malam dia memetik gitar untuk aku. Rindu!
Sungguh! Sungguh ini bukan diri aku. Untuk yang kenal aku, kau mesti tahu. Tidur lambatku untuk tengok kdrama sahaja.
Tapi, Zaid mengubah hidup aku. Untuk jangka masa yang sangat singkat. Sekelip mata sahaja aku jadi diri aku yang dulu semula. aahhh~
Aku tidakkan bercerita dengan Ibu dengan siapa aku berkawan, melainkan kami serius dalam hubungan. Aku mengambil keputusan untuk kenalkan dia kepada Ibu. Tapi... malangnya.... ibu tak restui hubungan ini. Aneh bukan? Sebab nya cuma satu. Pekerjaannya. Hanya kerana dia seorang pekebun (tanam cili di kampung), Ibu suruh aku untuk berhenti berkawan dengan nya.
Sedih? Makan masa yang sangat lama untuk aku lupakan dia. Aku jenis yang tidak akan mengingkari IbuAbah hanya kerana seorang lelaki. Aku turut kata Ibu. Tapi pada masa yang sama aku teruskan berkawan dengan nya. Tanpa pengetahuan dia tentang apa yang telah berlaku.
Sejak itu, setiap hari, ibu bertanyakan aku tentang dia. Soalan yang sama, "Kawan lagi ke dengan dia?". Setiap kali itulah, aku balas dengan senyuman. Aku istikharah. Tak lama. 3 hari saja. Jawapan? Entah. Takda jawapan. Lalu, aku memutuskan untuk tidak berkawan dengan dia lagi. Iya. Berat. Sangat berat nak bagi tahu dia. Sakit? Sumpah ini kali pertama aku rasa sakit sebegini.
Tapi aku percaya pada setiap keputusan yang aku buat, mahupun IbuBapa ku. Aku percaya semua ini ada hikmah yang tersembunyi. Yang aku tidak tahu. Mahupun dia.
Sekarang, aku dah malas nak mencari kawan. Biarlah ia datang dengan sendiri. Biarlah Allah swt hadirkan dia pada waktunya. Waktu yang aku benar-benar sudah bersedia untuk mendirikan masjid. Waktu yang tepat dengan seseorang yang paling tepat. Doakan aku moga terus kuat. Ohya.. aku dah move on. Jangan risau. Aku okay.
Sekian.

_______________________________________________
Tamat sudah kisah cinta aku yang tak direstui (hahah). Sangat kelakar bila ingat balik. Tapi tulah.. Pahit betul kenangan pembukaan 2020 aku. Tapi takpa. Aku jadikan ia sebuah pengajaran yang aku tidak akan lupakan. Sampai akhirnya. Aku harap dia bahagia dengan orang yang benar-benar mencintainya. Dan bukan seperti aku. Terima kasih sudi baca. :)
Comments
Post a Comment