Tahniah, Nurain!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. tajuk entri malam ni tak lain, tak bukan memang untuk aku. hahahaha.. 

Agak lama juga tak update kan? Maklumlah,, sibuk dengan praktikal. Korang kena la faham. Sebelum aku mulakan entri malam ni, aku nak tanya khabar korang. Sihat dak? Macam mana dengan life kau yang makin hari makin bahagia, atau mungkin makin lama makin.... worst? Ana asifah :) Gurau jaa.. 

Okaylaaa, aku nak mulakan entri aku malam ni...  


T A H N I A H

Congrats.
Tahniah.
Félicitations.

Itulah ucapan yang aku ingin ucapkan kepada diriku.
Tahniah.
Tahniah, Nurain.
Tahniah kerana kau telah berjaya menjalankan tanggungjawab kau selama 4 bulan.
Tahniah!

4 bulan?
Limaza?
Apa aku buat sepanjang 4 bulan?

Aku seorang pelajar Seni Kulinari yang baru sahaja menamatkan Latihan Industri.
Kat mana?
Sebuah Hotel yang bertarafkan 4 bintang.
Terletak tidak jauh dari kediaman rumah aku.

Sebuah hotel yang didalamnya terdapat sebuah restoran.
Tulang belakang sebuah restoran, tak lain tak bukan, tentulah si dapur.
Dapur yang agak kecil berbanding dapur-dapur di hotel yang gah berdiri.

Tahniah sekali lagi kerana kau berjaya mengharungi pelbagai manusia.
Pelbagai manusia dengan kerenah dan ragamnya.

Ahh~ 
Aku benci nak bukak sebuah cerita mengenai manusia.
Tapi, aku berterima kasih kepada manusia-manusia ini.

Sebab, tanpa mereka, aku takkan kuat menghadapi apa jua rintangan.
Sebab mereka juga, aku takkan belajar apa itu 

"Pendam dan Hadam"

Sebab ini lah yang akan berlaku di dunia pekerjaan kelak.
Tak kiralah kau kerja apa.
Takda beza apa pun. 
Lain la kalau kau, si penggali kubur. 

Terima kasih buat diri sendiri.
Tahniah buat diri sendiri.

_____________________________________________________

First of all (cewah.. acah nak speaking), Congrats, Nurain!! Pahal aku asyik ucap tahniah kat diri sendiri? Sebab kau takkan faham life seorang student praktikal di sebuah dapur hotel (lain la kalau kau pernah alami). Jujur aku cakap, aku tak berapa minat kerja kat dapur hotel. Kau tahu kan, kita kena buat benda yang sama setiap hari. Aku ulang, SETIAP HARI. 

Untuk orang yang memang passion gila kat kerja yang dia minat, memangla kau cakap senang la apa la. Untuk aku, memang tak ah. Hahahahah (Jangan kecam please). Takpa la, lain orang lain cara. 

Satu benda yang aku suka kerja dalam kitchen (da biasa sebut kitchen. Tak biasa sebut DAPUR) adalah kehadiran manusia yang sekepala dengan aku. Yes. Dari kawan la, kita dapat bertahan selama mungkin di sesuatu tempat. Aku dapat tahan duduk situ 4 bulan pun sebab depa. Sebab tu la, 

"Pilih kawan yang betul"

Da banyak kali aku cakap, korang yang tak nak dengar. hmmm.. Memandangkan malam pun semakin gelap. Aku nak tutup entri aku dengan,,,,,, 

Assalamualaiukum, mimpi seram.  




Comments

Popular posts from this blog

Sayang Yang Menyakitkan

3 Bulan Taaruf

Happiness Doesn't Like Me