Posts

Surat Untuk Suami

Assalamualaikum wbt. Disaat kau baca posting aku yang ini, aku cuma nak bagitahu yang, Alhamdulillah... aku sudah bernikah dengan seorang lelaki yang aku kenal di TwtJodoh pada tahun 2023. Ingat tak monolog aku bertajuk, "3 Bulan Taaruf" ? Iya. Lelaki itulah. Lelaki itu juga aku maksud di posting terakhir aku sebelum yang ini. Siapa sangka, pengakhiran kami hingga ke jinjang pelamin..  Mungkin apa yang berlaku sebelum ini, Allah nak uji kami. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana kami boleh bertahan. Walaupun susah untuk aku yakin kembali, tapi Allah tetapkan hati kami hingga kini.  "Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.." Untuk pengetahuan kau, kami bertunang pada Disember 2024. Dan nikah pada Jun 2025. Terima kasih pada yang doa supaya urusan kami dipermudahkan. Tak ada kata yang boleh aku gambarkan.. Doakan hubungan kami hingga ke syurga pula ya? Dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah. Juga dilimpahkan dengan rezeki yang takkan pernah putus.  Mema...

Sayang Yang Menyakitkan

 Assalamualaikum wbt. Tahu tak perkataan 'Sayang' tu sangat mahal dan sangat bernilai bagi sesetengah orang? Tak semua orang mampu mengucapkannya dengan ikhlas dan penuh rasa hormat/sayang. Ada juga sesetengah orang menganggapnya satu perkataan yang murah dan senang diucapkan pada sesiapa sahaja.  S A Y A N G ? Seikhlas mana kau menyayangi aku? Sejauh mana kau menyayangi aku? Sedalam mana kasih sayang kau pada aku? Kalau sayang, Kenapa perlu sakitkan? Kenapa perlu kecewakan? Kenapa perlu musnahkan kepercayaan yang diberi? Kata sayang. Kenapa aku diperlakukan sebegini? Dimana silapnya? Apa salah aku? Kecewa. Susah untuk aku terima semua ni. Susah untuk aku menerima takdir ini. Susah untuk aku percaya bahawa benda ni berlaku. Sakit. Hati ini sangat sakit. Pertama kali aku rasa sakit macam ni. Kenapa? Katanya sayang? Katanya cinta? Adakah semua itu hanya rekaan? Adakah kau menganggap aku sebagai patung? Yang tidak punya hati dan perasaan? Patung yang boleh buat kau hilang bosan? ...

Happiness Doesn't Like Me

 Assalamualaikum wbt. Bahagia tu macam mana ya? Apa erti bahagia/kebahagiaan? Macam mana kita nak tahu yang kita tengah 'bahagia'? Apa perasaan bahagia? Kenapa tak semua orang dapat kebahagiaan yang dorang nak? Bahagia pun select sekarang. Dari dulu, aku susah nak rasa 'bahagia'. Disebabkan dah lali, sampaikan orang kata, "kau patutnya beruntung (bahagia) memiliki semua ni. Ianya satu kebahagiaan di mata orang lain". Tapi sebenarnya aku tak perasan pun itu adalah satu kebahagiaan. Kenapa? Sebab kebahagiaan tak suka aku . Mana pernah aku rasa bahagia dulu. Untuk diri sendiri, keluarga, kawan mahupun dalam perhubungan dengan lelaki. Sampai lah tahun 2022, aku temui kebahagiaan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan.  Tapi ada satu hal yang bahagia tak suka kat aku. B A H A G I A Sebut pasal bahagia, Apa yang terlintas dalam fikiran kau? Flash back moment kau dengan orang yang kau sayang? Atau flash back moment kau dengan diri kau? Aku? Kegembiraan diri aku se...

3 Bulan Taaruf

 Assalamualaikum wbt. Last entri aku pasal 'Lelaki Sampah' pada 19 Januari 2023. Harini aku nak cerita tentang seorang lagi lelaki yang aku kenal pada bulan Julai 2023. Lelaki yang aku decide untuk kenal secara serius mengikut panduan dalam Islam. Maksud nya kat sini apa? Iya. Aku dah ready untuk mendirikan rumah tangga. Sebab tu aku ready nak bertaaruf dengan lelaki tersebut selama 3 bulan.  Harini, genaplah tempoh taaruf kami selama 3 bulan. Kenapa aku pilih 3 bulan? Sebab aku rasa lebih yakin untuk kenal dia luar dalam. Lepas 3 bulan, baru lah kau boleh decide nak kahwin dengan dia atau pun tidak. Tapi perjalanan aku lain. Belum sampai 3 bulan lagi, aku dah setuju untuk ke langkah seterusnya dengan dia. Kenapa? Apa yang membuatkan aku boleh terima dia dengan mudah? Apa istimewanya dia? Mari aku cerita kan... Pada 11 Julai 2023, aku tergerak hati untuk mencari jodoh di Twitter. Kalau kau tahu, ada satu akaun Twitter @TwtJodoh yang membolehkan orang mencari jodoh disitu....

Lelaki Sampah

 Assalamualikum wbt. Hai. Harini aku nak cerita pengalaman talking stage aku starting 2021 until last week (the last guy I in talking stage).  Apa yang boleh aku simpulkan adalah, talking stage is sucks! Say anything you want but I'll stick with this.  Jadi harini aku nak rant pasal lelaki-lelaki yang aku kenal sepanjang dalam talking stage . S A M P A H Apa laki-laki baik itu masih wujud? Apa laki-laki yang serius itu masih wujud? Apa laki-laki yang bujang itu masih wujud? Aku tak percaya. Dah tak percaya yang laki-laki baik itu masih ada. Mungkin ada. Cuma sudah dimiliki. Aku penat. Sungguh penat nak kenal dengan orang baru. Penat nak bagi tahu aku asal mana, tinggal dimana etc. Paling penat bila nak terangkan, Kenapa aku tidak makan pedas (?) Terlalu penat. Rata-rata laki-laki yang aku kenal semua macam sampah perangainya. Dari dunia alam maya hingga ke dunia nyata. Semua sama Laki-laki semua sama. Jangan buat aku kecualikan ahli keluarga aku ya. Aku cakap mengenai ...

Don't Kill Yourself Today by Hannah Dains

 Assalamualaikum wbt. Hai! Harini aku nak kongsi satu puisi (?) yang aku dapat dari tiktok by Hannah Dains. Aku tertarik dengan puisi yang dia cipta. Puisi ni mengenai bahasa (code) merujuk kepada kemurungan dan bunuh diri. Don't Kill Yourself Today Don't kill yourself today Because your Netflix trial still has a week left. Don't kill yourself today Because no one else will finish off the chicken in the fridge. Don't kill yourself today Because I know for a fact that Starbucks is releasing a new Frappuccino sometime next month. Yes, your mother will miss you. Yes, your bully will make a sappy Facebook post about what a wonderful person you were. And yes Suicide is a permanent solution to a temporary problem.   You know that. You've known that. Everyone and anyone has been shoving that down your throat since they first learned what the word suicide meant. So don't kill yourself  Until you finish your shampoo and conditioner at the same time. Don't kill yourse...

Unexpected

 Assalamualaikum wbt. Hai! Sebulan dah berlalu since my last entry about SS9inKL :) Aku ada benda nak share . Tak pasti dia kategori berita baik atau buruk. Sebab aku rasa memula dia buruk. But now berita baik. Kau faham kan? Aku pun tak tahu nak explain macam mana. Kau baca jelah entry aku ni. Sebelum tu ni topik wanita ya. If kau nak teruskan baca, baca jelah. Kalau taknak pun takpa. Aku saja kongsi apa yang aku lalui-hehe.  Cerita dia sejak bulan 8 aku tak period . Total 3 bulan lah. First aku fikir sebab ubat yang aku makan (baca: aku ada consume ubat dari hospital pakar which is dose dinaikkan ke 3 biji sehari start bulan 8 tu). Tapi bila jumpa Doktor pada bulan 10 (baca: baru sampai date appointments dengan Doktor pakar) tu, Doktor kata ubat tu tak sepatutnya hentikan period . Dia just lambatkan period je (baca: aku aware pasal ni sebelum sign the agreement masa nak amik ubat tu)- Jangan tanya ubat apa. Rahsia hahahhaha Lepas Doktor cakap macam tu, aku dah r...