3 Bulan Taaruf
Assalamualaikum wbt. Last entri aku pasal 'Lelaki Sampah' pada 19 Januari 2023. Harini aku nak cerita tentang seorang lagi lelaki yang aku kenal pada bulan Julai 2023. Lelaki yang aku decide untuk kenal secara serius mengikut panduan dalam Islam. Maksud nya kat sini apa? Iya. Aku dah ready untuk mendirikan rumah tangga. Sebab tu aku ready nak bertaaruf dengan lelaki tersebut selama 3 bulan. Harini, genaplah tempoh taaruf kami selama 3 bulan. Kenapa aku pilih 3 bulan? Sebab aku rasa lebih yakin untuk kenal dia luar dalam. Lepas 3 bulan, baru lah kau boleh decide nak kahwin dengan dia atau pun tidak. Tapi perjalanan aku lain. Belum sampai 3 bulan lagi, aku dah setuju untuk ke langkah seterusnya dengan dia. Kenapa? Apa yang membuatkan aku boleh terima dia dengan mudah? Apa istimewanya dia? Mari aku cerita kan... Pada 11 Julai 2023, aku tergerak hati untuk mencari jodoh di Twitter. Kalau kau tahu, ada satu akaun Twitter @TwtJodoh yang membolehkan orang mencari jodoh disitu....