Tajuk Klise.

Assalamualaikum wbt.

Penat tangan menaip, penat lagi mata untuk menilik penulisan aku yang agak kurang jelas matlamatnya. Kenapa ? Tujuan blog ini diwujudkan pun aku tak tau (kau jangan tanya aku kenapa). Yang pasti dan jelasnya, hanya suka-suka.

Malam yang agak gelap ditutupi dengan jerebu ini, aku nak kongsikan satu perkongsian tentang,



' I K H T I L A T '

Aku tak pernah lagi share pasal tajuk ni sangat kan ? Disebabkan satu tajuk, aku kena damn satu asrama. Kelakar kan ? Dorang nak melawak pun jangan depan aku. Nak terima, terima. Taknak terima, diam lah.. Tutup telinga. 

Apa yang teruk sangat tentang tajuk tu ? Bagi seorang pendakwah, itu adalah benda klise. Tapi bagi manusia yang hati batu akan benci tajuk ni. Kita banyak dengar tentang isu ni. Baik Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Aiman Banna, Tarbiah Sentap, Ustaz Adnin, Muaz Faris and so on. Kat Facebook, Twitter, Insta, Tumblur, Blog banyak keluarkan isu nih. Tapi, apa yang kita buat ? Apa yang kau, aku, dorang buat ? Aku tau, 

"Korang buat dek ja"

Alhamdulillah, sebab kebanyakkan remaja zaman sekarang dah insaf. Ada yang insaf sebab, trend. Allah.. Husnuzon ja.. Aiwah, aku malas nak mukadimah panjang-panjang (walaupun dah ter panjang).

IKHTILAT

Bila kau dengar atau terbaca atau ternampak tajuk/perkataan tu apa yang kau fikir ? Most of remaja zaman sekarang fikir 'couple'. Klise.. Ikhtilat ni besar, kawan. Besar sangat kalau kau nak tahu. Ia boleh jadi macam-macam. Contohnya, 
  1. Couple 
  2. Batas
  3. Pandangan
  4. Pergaulan
Dan banyak lagi. Aku nak kupas semua. Nampak kecik tapi besar sebenarnya. 

Zaman sekarang memang perlu untuk kita bercakap dengan ajnabi. Betul ? Betul aja kau.. Secara logiknya. Tetapi, bercakap boleh tapi apa yang tak boleh ?

"Batas Pergaulan"

Kau kena jaga. Islam tak larang kita suka sama suka. Tapi yang menjadikan ia salah adalah cara kita menyukai tu. Kalau setakat, suka tu benda klise. Ni sampai kau angau dengan dia. Sampai stalk tak ingat dunia. Itu yang salah. 

"Kau tak pernah suka orang ke, Nurain ?"

"Cara aku suka orang mudah. Aku amal kan satu doa bila mana hati aku menyukai seseorang. Iyalah, hati kan. Mana tau duduk diam. Kita ni manusia.."

"Apa doa tu ?"

"Ya Allah, seandainya dia (nama orang tu) adalah jodohku, dekatkanlah kami dibawah lindungan Mu. Sekiranya dia (nama orang tu) bukan jodohku, maka jauhkan lah kami"

Alhamdulillah. Tak lama lepas tu, kau dah tak fikirkan orang tu, Kau dah malas nak stalk dia. Kau dah jarang jumpa dia. Bagi aku, biarlah ia datang sendiri melalui doa. Kita mencari melalui doa. Mudah kan ? Benda klise bila kita cakap,

"Biarlah dia datang sendiri..."

"Haah. Kalau tak cari macam mana nak datang ? Sampai tua tak datang-datang"

Kita cari melalui doa. Bukan susah pun. Kalau bukan jodoh kita di dunia, mungkin di akhirat kelak. Tak sweet gitu ? Aku ada satu persoalan yang bermain diminda aku sampai sekarang.

"Apa keindahan bercinta sebelum nikah? Apa seronoknya bercinta dengan yang belum halal ?"

Takat ni yang bagi aku jawapan, cukup tak memuaskan hati aku. Sebab jawapan macam tak logik. Tak masuk akal. Banyak buku yang aku baca tentang ikhtilat, semua tak menjawab lagi..

Mungkin aku tak pernah lalui. Mungkin lah.. Alhamdulillah tak pernah terjebak. Kalau takat suka-suka tu adalah. Tapi tu zaman jahiliah. Dan yang paling aku pelik. Kau dah tau benda tu salah. Kau dah tau apa hukumannya. Kau dah tahu semua benda tentang ikhtilat. Tapi kenapa kau masih lagi berkapel ? 

Aku pelik. Tak tau nak bagi istilah apa kat manusia macam ni. Kadang sedih juga bila tengok kawan sendiri yang terjebak dalam bab ikhtilat. 

Aiwah, sampai sini saja lah... Maaf seandainya terasa hati. Biasa lah.. Aku mula-mula pun macam kau jugak. Sentap. Kecik hati. Tapi sampai bila kita nak berada dalam kelompok macam ni. Sampai dah jadi jenazah ?

Allah...

________________________________

Satu ja pesanan aku, 

Jaga Iman. 
Jaga Pandangan. 
Jaga Hati. 
Jaga Batas.

In shaa Allah, bahagia dunia akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Sayang Yang Menyakitkan

3 Bulan Taaruf

Perasaan apakah ini?