Perintah Kawalan Pergerakan 2020
Assalamualaikum wbt. Sihat? Harini merupakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang ke-15. Sepatutnya semalam (31/3/2020) merupakan hari terakhir. Tapi disebabkan ada segelintir manusia di luar sana yang masih berdegil, maka PKP ini dilanjutkan lagi 2 minggu (maksudnya sebulan lah duduk di rumah). Korang okay ke tu? Waras lagi, bukan? Jaga diri. Jangan tambahkan beban orang sekeliling lagi. Kesian. Jadi harini aku bukan nak ulas tentang PKP atau Covid-19 atau sewaktu dengannya. Cuma, ingin aku kongsikan tentang isu yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita. Apa yang kita sedang lalui sebagai rakyat Malaysia. No hate. Sekadar monolog seketul Nakaro. N E T I Z E N Tidak terbentuknya sebuah kerajaan jika bukan kerana, Rakyat. Tidak naiknya sesebuah industri tanpa, Netizen. Apakah perbezaan kedua ini? Sama. Orang yang sama. Nama sahaja berbeza. Ada yang baik, Ada yang sebaliknya. Ada yang tinggi, Ada juga yang rendah. Kesimpulannya, kita semua sama. Tapi meng...