Hidup

Assalamualaikum wbt. Matahari di waktu pagi ditutupi dengan jerebu yang tebal. Tetapi masih indah seperti hari-hari biasa. Alhamdulillah. Allah izinkan aku untuk bernafas selepas satu hari aku buat dosa. Iya. Manusia tak pernah lepas dari dosa walau seminit. Tapi, pernah tak kau fikir untuk memohon keampunan setelah seharian kau melakukan dosa ? Tak terfikir kan ? Walhal kebanyakkan manusia sibuk mencari rezeki di dunia berbanding rezeki di akhirat. Sedih, bukan ? Apa matlamat (tujuan) kau hidup di dunia ? Adakah untuk 'hidup' semata-mata ? Atau mencari kepuasan di dunia semata-mata ? Kau tepuk dada, tanya iman. Apa motif kau di hidup kan ? Aku bukan nak berlagak alim atau berlagak tak pernah buat dosa atau manusia yang tak ada dosa. Itu 'LOL'. Tak ada manusia pun yang terlepas. Melainkan Rasulullah SAW. Kau, aku, dia atau mereka tak setaraf dengan baginda. Cermin diri sikit. Maaf. Panjang pulak mukadimah aku pagi-pagi ni. HIDUP Dah berapa lama kau hid...